Ruang Iklan
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa golongan muda diingatkan supaya berfikir 'beribu kali' sebelum menjalinkan perhubungan atau memasuki gerbang perkahwinan campur kerana kajian menunjukkan kejayaannya hanya 3:10.
Tak kira lah apa warna kulit hitam atau putih tetapi yang nyata kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur yang dimulai dengan perhubungan sebagai kekasih, hanya tiga yang berjaya.
Kegagalan perkahwinan atau perhubungan disebabkan perbezaan budaya, agama dan cara seseorang itu dibesarkan di khalayak negara masing-masing.
Kebanyakan perkahwinan atau perhubungan lebih didasarkan kepada 'asmara pendek', maknanya apabila sudah melalui satu tempoh singkat, masing-masing akan menyorot balik tuntutan budaya dan agama pada sudut khalayak di mana dia dilahirkan.
Ianya bertambah rumit lagi kalau pasangan terbabit ada anak, maka si bapa akan 'melarikan' anak kembali ke negara asalnya, dan dalam soal ini, perkahwinan campur yang gagal, adalah lebih baik jika pasangan itu tiada anak.
Kepada golongan muda yang kemaruk bercinta dengan bangsa asing tu fikir-fikirkan lah masak-masak kesan baik burunya.. Jangan sampaikan nasi menjadi bubur kerana tangis darah pun takkan mampu mengubah kenyataan..
1 comments:
tak minat langsung..HAHA
Post a Comment